Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Thursday, July 9, 2009

Currently at Langkawi Island


Currently at Langkawi, ada kursus bukannya aku bercuti kat sini. Jadi, ada tak blogger-blogger yang aku kenal kat Langkawi? The answer is 'takde'. Hehehe! Tak lama kat sini, next week balek lor... nak lama-lama nanti Siti pulak yang membebel, jadi harus pulang cepat. Hehehe!

Ade ape ek kat Langkawi? Orang kata, coklat murah & sedap... orang kata rokok Dunhill kat sini plak tak sedap seperti yang dijual kat pasaran. Tak padat orang kata.. aku saje tanye.. Hehehe! Dan lagi orang kata yang selebihnya adalah diparas harga yang dan cuma barangan-barangan tertentu jer murah.

Aku sempat berkunjung ke Makam Mashuri.. Gerun & Menarik gak.. Gambarnya, lepas balik dari Langkawi nanti aku uploadkan untuk korang tengok.. versi lain-lain maklumlah sendiri yang amek gambar.


Sempat menjejakan kaki di pantai Langkawi, ramai gak mat salleh mat arab & mat rempit plak takde. Scooter sana sini, hehe! Gamble jer dorang ni kat negara kita, untungnya Langkawi nie.. kalau aku yang punya dah lama aku buat resort sana sini.

Tak pasti sama ada aku punyai kesempatan untuk menjelajah pulau Langkawi nie. Yang pasti coklat tetap akan dicari.. belum pape lagi Siti dah pesan coklat banyak-banyak. Kat mane ek nak cari coklat nie? First time aku jejakkan kaki ke Langkawi nie.. Tempat orang aku tak tau la jalannya. :p

Neway, thanks to my previous bos yang sudi meminjamkan laptopnya Vaio. Kalau tak entah camne nak buat kerja, aku dah try nak pinjam dengan orang-orang yang aku kenal tapi korang sendiri fahamlah yang barang tu personal. Apa yang personal? Mungkin dorang ada letak gambar-gambar toottt.... hahaha! Ade aku kisah? :)

Tuesday, July 7, 2009

weekend lepas di One Utama

wuwuwu! :) hampir berabuk suda blog Dakjaat nie.. :p busy bha... bukan macam korang takde kerja, boleh la update blog.. (ciss! jeles gue). Ya..ya..ya.. MJ dah meninggal dan layout aku buat korang pening selame 2 hari sebab korang tak nampak. Hehehe! Sengaje ke? Taklah, tak terfikir plak korang akan pening. Tandanya mata korang perlu d`train utk lebih fokus pada sesuatu yang lebih kecil. :p hek eleh! Cakap jer sengaje.. wakakaka! :p

hasil shopping at One Utama $167 flew~

Jadi semalam.. eh, bukan semalam.. last weekend saturday tak plan sangat actually maka aku menggatalkan diri ajak Siti pergi One Utama (dlm hati O.U tu boring). Bersiap2lah nak pergi O.U naik bas Rapid. Petang tu xramai org, pelik plak aku coz biasanya ramai org. Pelik kan? Korang lagi pelik sebab bace apa yang aku nyatakan nie. kihkihkih!

One Utama, landing kat F.O.S ape maknanya aku pun lupe. Federal Oblog Society kot? :p Haha! Bukanlah! Factory ape tah, korang ingat-ingatlah sendiri aku dah lupe. Kat situ beli baju sexy cik Siti... Bukan main lagi dia suke baju tu, 'kaching!'~ bunyi cash machine menanda baju itu telah dibayar. ;p

Cari baju aku kat F.O.S langsung takde, hampeh & hampagas. Kuciwa gak, asek Siti jer dapat barang dia, barang aku susah lak nak carik. Jalan ke west wing, east wing takde jumpa gak. Penat dah aku.. Siti plak bertenaga, dia makan apa tah tak kasi tau aku pun.. uwaaaa!

Then, ternampak ramai orang kat Padini.. zaasstt! Terus carik dan jumpe! Yeahhh! SEED! OMG! Lame dah carik baju jenama SEED yang slim fit ngan badan aku neh..! Tak nak susah-susah cari maka aku cekau 3 helai... :( mahal woh! tapi nak buat camne kalau hati dah suke..?

Gimik Siti yang kedinginan di malam hari...

Blaa...blaa...blaa... terus g makan Mc Donald, tak sempat nak amek LUNCH MEAL punye harga. :( Ciss! Boleh plak terlambat.. patutnya extend sampai jam 5.. Hahaha! After that balek lor ke Putrajaya naik mende yang sama. Sampai kat putrajaya balik rumah mandi dulu before nak gerak ke Alamanda.

7.12 pm kat GSC Alamanda, tengah beratur nak amek tiket online. Punyalah ramai manusia nak tengok Transformers Revenge of the Sith.. :p Revenge of The Fallen.. Aku pun beratur, barisan takde la panjang sangat sebab aku nak tengok Ice Age 3. Seperti biasa seat VIP kitorang ialah 10 & 11 untuk hall 4 dan untuk hall 3 ialah 11 & 12. Seat atas sekali, kalau seat tu dah ada orang susahlah nak decide sama ada nak tengok wayang atau tidak? Haha! Demand sungguh!

Dah habis? belum lagi... lepas Ice Age 3, g melalak kat Box.. habis sakit suara aku.. Siti plak maintain ok jer suara dia. Aku rasa dia makan dedak kot? kekeke! :p Then lepak kejap kat Dataran Putrajaya sambil amek-amek gambar dia. Pastu balik dan tidur terus... padatnya jadual hari sabtu..

Click utk gambaran yang lebih jelas..

Ahad, 8.00 bangun sudah... :) First thing to do, online dulu.. check facebook ade latest notification ke ape ke.. tadak! takpe, proceed baring terus sambil buat peta.. Then terbangun plak, perut lapar cari makanan. Cuaca pagi tu sampai ke tengahari sangat-sangat dingin, macam hidup kat England pun ada cuma asap keluar dari mulut jer takde.

11 am, ajak Siti g kedai beli air susu.. lapar sangat.. Sampai jer kat kedai ternampak iklan kat dinding, "Saya nak sewa bilik".. tak pernah-pernah lagi aku terjumpa iklan camni. Yang biasa dijumpai ialah "Mencari Rakan Sebilik" (hilang ke roomate dia? wakaka), "Roomate Diperlukan" (bunyi cam gersang jer. Hahaha), adoi.. kelakar-kelakar2.. :p

Iklan yang biasanya kita pernah dengar ialah Bilik untuk disewa, Rumah untuk disewa, itu jer kan? Muda mudi sekarang ni memandai jer ngubah tajuknya, nak jer aku tampal iklan "Teman lelaki untuk disewa" siap letak no telefon lagi. Apa akan jadi agaknya yer? Haha! Tak pasal-pasal di`call dak-dak bapok Putrajaya. Warghkahkahkah! :p

Sunday, July 5, 2009

You are not alone... we all miss you....




Friday, July 3, 2009

Timbulnya persoalan yang tidak dijangkakan

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :

  • ialah individu yang agak kejam bagi saya. Tapi tu semua cerita lama, tag ni sengaja nak korek rahsia. Apakah pembuat tag ni takde kerja lain? Aminlah kepada dia.. (aku nak kerat-kerat lutut dia) Hahaha! :p

2. Saya sedang mendengar :

  • bunyi kipas yang bunyinya seperti gerudi daripada bilik bos dan saya sarankan kepada beliau belilah kipas buatan baru & made in Malaysia. Singer ke, CG ke.. Cap Ayam pun ada baiknya juga. Saya rekemen jer, saya tak membebel. :p sorry bos!

3. Mungkin saya patut :

  • berehat di rumah weekend ni sebab badan saya dah tak mampu nak bertahan. Maksud saya, tiap-tiap hari kena drive pergi balik dalam 60KM. Kesian tak saya? Abaikan saja.

4. Saya suka :

  • online, tak kiralah online itu ini ke sebab saya memang gemar online sehinggakan di rumah pun saya sudah memiliki broadband sendiri. Walaupun pakej agak mahal tetapi berbaloi juga.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

  • kini berada diperantau barangkali, mungkin ada yang sudah berumahtangga. Agak cemburu juga saya, tapi saya tahu ini bukan masanya untuk memikirkan soal perkahwinan dulu. Ada matlamat yang harus dikejar terlebih dahulu dan selepas tercapainya segala yang dihajatkan maka perkahwinan akan dijalankan serta merta. Jemputlah datang. Hehehe!


6. Saya tak faham :

  • kenapa negara kita semakin hari semakin huru hara disebabkan Pakatan Rakyat?
  • kenapa orang perlu sibuk dengan hal kita sehingga menjatuhkan kita?
  • kenapa dalam iklan Carrefour kata harga mereka tidak sama dengan pasaran lain padahal sama sahaja pabila kita berada di carrefour?
  • kenapa perlunya marah apabila orang tidak suka pada kita?
  • kenapa masalah seringkali melanda tanpa henti?
  • kenapa tiket penerbangan Air Asia masih lagi mahal walaupun telah dimansuhkan servis perkhidmatannya?
  • kenapa orang suka bersifat kurang hajar dengan kita yang bersikap baik pada mulanya?
  • kenapa cina samseng yang berkerja di kedai handphone sehingga kita takut nak membeli handphone di Pertama Complex?

7. Saya kehilangan :

  • dara.. opss! Statement gurau-gurau saja, saya masih suci murni. Hehehe!
  • kucing kesayangan saya yang kini entah dimana.. Mio...
  • sticker motor yamaha dicilok oleh manusia entah mana asal usulnya.
  • jam tangan pemberian seorang kawan.
  • sifat suke bergaul mesra dengan orang ramai.

8. Ramai yang berkata :

  • " Why you behave like this?"
  • Tak rugi kalau kita banyak bercakap.
  • Apakah Dakjaat itu pelik orangnya?
  • "you're so cute!"

9. Makna nama saya :

  • orang kaya. Itu penjelasan yang saya terima ketika saya bertanya pada datuk dulu. Kenapa nama orang kaya diberikan? Datuk tak jawab maka saya tak dapat nak terangkan pada you all semua.
  • tiada maksud saya rasalah, but for me ianya satu nama yang klasik. Nama zaman-zaman Wong Fei Hong la tuh .. kehkehkeh!

10. Cinta itu adalah :

  • misteri, tak berdaya melawan takdir sang raja manusia.
  • isyarat dari sang pencipta.
  • buta. Orang kata but saya kata kalau buta macam mana nak bercinta?
  • satu perasaan yang paling istimewa apabila ianya bertandang dihati.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

  • sedang ingin bercinta! karena mungkin ada aku di sini, aku ingin. Ya Correct! ;p
  • sedang sibuk melaksanakan tugas hariannya manakala saya mengodam facebooknya.

12. Saya akan cuba :

  • untuk menguruskan badan yang kini orang kata pipi saya tembam. Owh! Amatlah xsuke.
  • membuat kerja saya tanpa melakukan kesilapan.
  • mengumpul duit untuk perkahwinan saya kelak. Hehehe!
  • tidur selama 20 jam untuk memecah rekod rakan serumah saya.
  • untuk balik ke Miri 3 kali dalam masa setahun.
  • memperbaiki kelemahan diri saya sehingga menjadikan diri ini yang terbaik!
  • seorang pakar I.T yang berkebolehan dalam level 5.
  • update blog ini selalu yang mana sekarang ni amatlah busy dengan kerja.
  • ubahkan pandangan saya terhadap orang yang saya tidak suka.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

  • selama-lamanya buat satu jangka masa yang tiada penghujungnya di duniawi ini mahupun di akhirat dan seterusnya. What you say?

14. Telefon bimbit saya :

  • berjenama Sony Ericsson.
  • menggunakan line Celcom yang diimport khas daripada Sarawak pada tahun 2007.
  • kadang kala agak sengal, mungkin keypadnya sudah rosak?
  • tidaklah power, cuma ada 3.2 mp, memory 1 gb, 3G, boleh dijadikan modem.
  • berwarna coklat tetapi dalam bahasa melayu coklat dipanggil?

15. Bila saya terjaga dari tidur :

  • perkara pertama yang saya akan lakukan "check restoran". (this lately)
  • matikan bunyi alarm telefon yang memainkan lagu Dewa 19 - Larut.
  • sujud 3 minit, untuk lancarkan pengaliran darah ke otak supaya tak pening lalat.
  • membebel "malasnyer nak kerja.." hahaha! :p
  • tutup kipas kerna sudah mengigil kesejukan tahap bawah pun sudah kecut. kahkahkah!

16. Saya paling meluat apabila

  • apabila motorsikal parking rapat-rapat sehingga menyusahkan diri saya.
  • tengok perempuan yang terlalu gedik nak mati.
  • ternampak lelaki mengacau gadis yang lalu lalang di depan mereka.
  • melihat orang indon lepak ramai-ramai kat mana-mana jer la.. semak!
  • pemandu kereta bawa kereta macam bodoh dan saya nak jer tanya dia.. "Oit! bang! bang! Tunggu! katner ek amek lesen sampai boleh bawak kereta camtu?!" Hahaha! :p

17. Pesta / Parti adalah :

  • satu program keramaian yang saya tidak gemari sebab saya akan cepat pening kepala melihat orang ramai di depan mata.
  • perkara yang paling happening. Tetapi kalau clubbing best gak, saya lebih prefer live band.
  • satu bentuk pergaulan sosial yang mampu mengundang zina dan bagainya. Orang kata, not me laa...
  • satu perkara yang hanya mampu dibuat jika ada peruntukan yang mencukupi.
  • program yang mengaut keuntungan seperti karnival Hotlink, Jom Heboh dan ETC.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

  • Kucing Local. Muka comel, saya suke kucing belang sebab saya lahir tahun Rimau.
  • Hamster kecik tu apa nama tah.
  • Sugar Glider, entah camne lak nak spell nama binatang tu.
  • Burung, yang comel jer laa.. yang garang-garang tu namao.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

  • 16 dan 17 sebab saya mulai glamour dan ramai kawan di sekolah. Sebab saya sudah mulai pandai bersosial pada masa itu.
  • 18 dan 20. Pada masa itu saya masih lagi tercari-cari kerja apa yang bersesuaian dengan saya? Disamping itu, kenal ramai kawan baru dan banyak kenangan yang istimewa yang kini hanya tinggal kenangan saja.

20. Hari ini :

  • saya nak tengok movie kat pc, sambil berehat diwaktu rehat yang agak lama ini. Tak keluar barangkali?
  • saya memakai baju melayu berwarna hitam + pin emas. Orang kata comel, saya kata "terima kasih".
  • saya nak pergi ke pasar malam dengan Siti, lepak-lepak kat situ sambil makan makanan yang takdelah sedap sangat.
  • saya nak book tiket wayang Ice Age 3 untuk keesokan harinya.

21. Malam ini saya akan

  • online segala-galanya yahoo messenger, facebook, blog, friendster, myspace, gmail, dewa 19.com
  • menonton wayang yang tidak habis ditonton di pc rumah saya sambil minum teh sabah kalau ada.
  • makan malam dengan Siti comel tombikai bosa!
  • mandi lama, seronok main air. kecebushhh! Habis basah bilik air. Ngamok member.

22. Esok pula saya akan :

  • bangun lewat sedikit, basuh baju dan mengemas bilik dan kalau rajin saya akan volunteerkan diri untuk mengemas ruang tamu dan juga dapur.
  • keluar pergi tengok Ice Age 3 di GSC dan akan makan di Mc Donald selepas itu.
  • mandikan jentera saya yang diberi nama Mio.
  • berehat pada sebelah malam dan tengok channel HBO, Max & Star Movie, kalau ada Macam-macam Aznil pun best juga.
  • online lagi seperti biasa sehingga lewat malam.

23. Saya betul-betul inginkan :

  • kehidupan yang tiada gangguan dan tekanan dari apa jua disekeliling.
  • keluarga yang sempurna namun mak abah dah tak sehaluan.
  • kamera DSLR yang mahal gila pig itu.
  • hidup bahagia bersama Siti.
  • laptop dan kalau nak taip lagi sure korang lagi menyampah nak baca. ;p

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

  • "segaknya aku pakai baju melayu ni"
  • "rambut masih basah plak.. aduhh!"
  • spray minyak wangi ubermen sambil tengok cermin ape kes?

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

  • saya pasti akan pilih pusat membeli belah sebab Siti pantang tengok kalau ada SALE!
  • arked permainan hanyalah untuk remaja-remaja yang masih kencing berterabur.

26. Makanan Barat atau Jepun :

  • Makanan barat, Mekdi, Kepchi, Pizza, Burger King. Bukankah itu semua juga makanan barat? :p makan jerlah! banyak cerita plak! Tapi saya lebih prefer makanan rumah panjang atau masakan Mama dengan Siti.

27. Bilik yang terang atau gelap :

  • Dua-dua diperlukan untuk situasi yang tertentu. Tertentu? Hehehehe!
  • Gelap, mata saya tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang.. sakit!
28. Makanan segera adalah :

  • makanan yang kita order kat kaunter.
  • makanan yang memerlukan orang dikaunter bertanya, "makan sini?" dan saya jawab, "tak, makan kat meja sane. Kat kaunter ni tak muat". Terus budak fast food itu benggang. Kuikuikui! ;p
  • makanan yang dibuat dengan kadar segera seperti mee segera, burger, ayam goreng.
  • yang memerlukan kita beratur untuk mendapatkannya jikalau anda berada di Mall.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

  • "balik nanti terus mandi, jangan tak mandi. Ok sayang, bye", pintu lift tertutup.
  • "Good night, sweet dream, sleep tight. Mwah! I Love you~" sms ..
  • bila dah benci dan menyampah.. pasti akan type ni .. "END!"

30. Siapa yang anda mahu Tag?

  1. Ivy, dia ni bangsa apa pun aku belum tahu lagi. Bidayuh ke ape? Yang pasti, aku nak dermakan tag ni kepada dia. Bertambah la entri ko Ivy?! wwahahaha! I am so mean .. :p
  2. Hana. Dia hari tu tetibe tag aku.. then hari ni turn aku plak tag dia. Fadan muke, lagi panjang soalan, tak jawab memang nak kena baling ngan cpu ni.
  3. Huda. Dia ni bila jadi lelaki masa dia buat teater ke ape hari tu dalam blog dia, still gak nampak macam perempuan sebab hidung dia. Dan disebabkan restoran dia besar dan ada banyak duit dlm restoran dia maka aku tag la dia sebab aku dengki. hahaha! :p
  4. Miszue. Dah lama tak dengar cerita daripada miszue nie, entah-entah dah berlaki. Dia dah ada girlfriend baru, tu pasal dia lupakan member terus. Takpe, kalau tak buat tag ni memang nak kena santau terus.. Bramm Bremm broomm kebaboomm! :p
Nak tag reramai ni aku agak bosan sikit, sebab apa dorang bukannya nak buat full pun?! kan kan? Kekadang tu ade plak yang memandai-mandai edit sendiri. Fuh! Tabik spring tayar jentolak ngan ko! :p takpelah, buat la ek... bagi muke sikit kat Dakjaat. Tag ini daripada Cik Hijau. Thanks Cik Hijau.

Thursday, July 2, 2009

Can I trust you again & again?


Camne nak percaya kalau seseorang itu yang bergelar sahabat, kawan, bestfriend, boyfriend, girlfriend even kazen mazen or even family kita sendiri dah buat mistake seperti pecah amanah pada amanat yang telah kita berikan pada dia?

Can we give them a chance? Rasa macam sukar nak percaya, contohnya seperti bila robot Decepticon Starscream kononnya dah insaf terus dia join Autobot tapi logo Decepticonnya tak tukar plak. So suatu masa itu dia telah betray then join semula Decepticon. Boleh terima ke? Boleh ke kita nak terima orang yang mempunyai perangai macam tu?

Semuanya hanya gimik semata-mata, kekadang ada sesetengah kawan itu mempergunakan kawan sekadar untuk kepentingan diri dan itu yang paling paling terpaling menyampah kita nak terima. Kita tidak pun memaksa orang untuk berkawan dengan kita, betul tak?

Kita tidak dapat menafikan kewujudan manusia seperti itu, orang kata pada kita "boleh berkawan dengan mereka tetapi berhati-hati, air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Teringat semula dengan pesanan mama, jangan menilai orang yang baru kita kenal itu "baik" sebab itu cuma tingkahlakunya pada pertama kali berkenalan.

Ada betulnya kata mama, ya.. sememangnya mereka lebih mengetahui tingkah laku manusia lebih awal daripada kita. Tetapi, bukan semua orang tua itu betul kerana ada masanya mereka juga membuat silap sehingga mengaibkan orang-orang disekeliling mereka dan ini membuatkan kita rasa "Oh my god.. annoying giler!".

Kesimpulannya, being somebody isnt what we wanted but we've to do it for fulfill their desire. Eh? Betul ke kata-kata aku tu? kekeke! :p lantaklah betul ke tak tapi aku mempersoalkan perkara yang betul. What you say? :)

Tuesday, June 30, 2009

Orang yang menjatuhkan orang adalah orang yang terkutuk sekali dalam dunia ini.

Jom kite bercakap mengenai orang yang suke-suke hati kepale datuk dia jer nak cakap pasal kita. Siapakah orangnya? Orangnya adalah orang yang berada di sekeliling kita setiap hari yang tanpa kita sedari mereka (sesiapa saja) mempunyai potensi untuk menjatuhkan kita dalam apa jua keadaan sama ada dari segi fizikal ataupun mental.

Kenapa orang suke bercakap tentang orang yang langsung tak pernah menganggu mereka walau seperkara sekali pun? Sebab mereka nak popular? sebab mereka nakkan perhatian? Entahlah, aku pun tak faham dengan manusia jenis nie. Macam tak sah jer kalau dorang tak dapat berita gossip yang hangat dalam suatu masa itu.

Dan yang menjadi mangsanya pula ada 2 jenis. Satu yang amatlah suke buat bodoh dan dorang ni beruntung sebab pandai buat bodoh dan dorang takkan terpengaruh pun dengan apa yang orang itu katakan. Maka mereka adalah orang yang cool, bagi aku laa.. Sebab buat ape nak peduli dengan cakap-cakap orang kan? persetankan kesemua itu.

Mangsa jenis yang satu lagi adalah .. errmmm .. parah ni.. silap-silap jadi pasrah. Mereka boleh menerima cakap-cakap orang ni tetapi bukan buat selamanya. Walaupun kawan-kawan hanya bergurau biasa, kalau tersilap kata pasti dia akan berasa kecil hati. Hati orang kita pun takleh nak predict kan? Dan orang jenis yang mudah kecil hati ni cepat patah semangat. Itu jer, selebihnya korang tau la camne sebab aku sure sangat-sangat korang pun tak termiss perasaan di 'cakap-cakap' oleh orang lain.

Satu kebaikan yang kita buat, orang hanya ingat seketika. Jika satu kesilapan yang kita lakukan, orang akan ingat sampai bila-bila. Itu tandanya mereka tidak berfikiran terbuka, hanya bercakap dan bercakap tetapi kerja tak buat. Sekian entri untuk hari ini.

Monday, June 29, 2009

Optimus Prime Di Hatiku.. (^_^)/ Yeah!


Semua blog dok cerita pasal Transformers, agak meluat gak.. hahaha! Sana sini transformers, tak cukup kat blog kat Facebook pun ade gak! Lagi parah mata memandang, tak reti nak diam-diam. Hehehe! Jadi semalam aku pun tengok gak apa yang digembar gemburkan sangat oleh penonton yang gila pig bak kata Sickchild a.k.a nama dia yang sebenar pun aku dah lupe. Maap yer.. Hahaha! :p
Actually dah beli ticket since wednesday or thursday aritu, saturday dah fully booked. Urghh! Damn! Seat 11 & 12 pun xde, lagi benggang tahap pure-pure. So, mau tak mau aku amek hari ahad punye. RM20.00 mahal ke? Pedulilah mahal ke tak, janji dapat tengok.



Ade blog sorang gadis ni kate chinese yang banyak conquer cinema. Dengan serta merta aku nak tergelak, hahaha! Kata-kata dia termasuklah aku, hehe! Ahad tu pun ramai gak chinese kat cinema, takde peluang bumiputera nak tengok, 30% jer yang bernasib baik, hasil daripada pemerhatian aku ler.
Oh.. aku pergi tonton dengan Siti, sian dia.. boleh plak kaki melecet dimakan kasut. Beli handyplast then tampal kat kaki dia. Beli ape? Beli hotdog, corn in cup, pop corn combo. Nak melantak ke nak tengok wayang? Both! Sebab belum makan dari pagi itu.

Haha! :p gambar-gambar tu aku edit sendiri, dah tu jer yang aku jumpe dalam google. Transformers yang kedua ni ade gak kemunculan karakter baru tetapi tak menonjol sangat dan boleh dikatakan karakter yang agak lemah berbanding dengan karakter terbaru daripada Decepticon.
Arcee.. awek motor, ade 3 motor.. ingatkan kuat, lemah la gak. Tapi cool .. <-- orang kata bukan aku kata. Hehehe! Sian Jetfire korbankan diri untuk Optimus Prime. Not bad laa.. boleh tahan gak jalan cerita Transformers kali ni. Agak mengujakan hati, korang patut g tengok daripada tak pernah tengok langsung dan berbanding daripada korang tengok Harry Potter yang aku sendiri tak pernah faham cerita tu langsung.


Suke-suke hati jer kritik Harry Potter.. :p sajee.. sebab aku tak faham & tak pernah nak minat cerita yang berunsurkan magic camtu. Sambil bace, sambil tu layanlah dialog-dialog dalam gambar tu. Hahaha! Minta-minta Michael Bay tak saman aku.. orang susah woo~ hehehe! :p

Wednesday, June 24, 2009

Inilah padahnya kita pasang telinga

Ehem-ehem.. kite semua tahu kan sekarang ni movie yang paling hangat dan yang paling ditunggu-tunggu ialah Transformers The Revenge of The Fallen. Betul ke tajuk nie? :p Sape-sape nak tengok? meh ajak aku.... hahaha! Aku belanje.. :p bluwekss! Dalam mimpi la ok? kakaka! :p

Maka terciptalah suatu kisah di tengahari Rabu....

Di Mc Donald, di suatu sudut restoran itu terdapat sekumpulan wanita yang membazirkan duitnya di kedai makanan segera. :p mane i tau? ntah, i saje-saje cop dorang membazir sebab tak ajak i kot? Haha! :p Dorang pun bercerita, maklumlah sajalah wanita pasti ada banyak perkara yang ingin diceritakan bersama.

"Pada hari pertama Transformers ditayangkan, susah giler nak dapatkan tiket", ujar seorang perempuan dalam group tersebut. "Movie tu semua orang tunggu, memang takkan dapat punyalaa.. nak tengok pun, tunggu lepas seminggu ke", sampuk kawannya. Sambung kawannya lagi, "Mane bley..! Aku tak nak miss tengok Transformers ni, aku dah lama tunggu takkan gara-gara ramai orang aku plak kena postpone? uwaaaa!".

Kedengaran semakin rancak perbualan mereka, "Time ni, ko tanya jer kat Tanjung Golden Village, Golden Screen Cinema semua tu dah fully booked! Geram lak aku!" bebel kawannya lagi.

"HEH! KAT SATU PANGGUNG NI KO SURE DAPAT TENGOK TRANSFORMERS!"

Tibe-tibe lak salah sorang daripada group dorang bersuara dengan penuh konfiden dan agak tersengih-sengih sikit. :p "Ko tak nak miss movie tu kan? ko pergi kat panggung ni, aku sure ko mesti dapat ticket tanpa berebut-rebut" ujarnya untuk menyejukkan hati kawannya yang tidak henti-henti membebel dari tadi.

"katner? cepat bagitau!" desak kawannya yang tidak sabar-sabar lagi mendengar lokasi yang bakal diperkatakan. "Ko pergi kat Panggung Colleseum, kat situ tak ramai orang. Tapi movie Transformers tu ala-ala Padayappa laa..." kata perempuan itu.

Kahkahkahkah! wakahkahkah!

Satu group gelak terbahak-bahak menggegarkan Mc Donald tanpa mengira orang pandang ke tak. Adoi, aku pun nak tergelak gaklah. Hahahaha! :p

"Kahkahkah! Ko bayangkan jer kalau Transformers tu fight macam Padayappa, asal nak start gaduh jer mesti angkat & lipat kain kemban dorang dulu. kahkahkah!" seloroh salah sorang daripada mereka.

"Eh, bukan takat tu jer.. sound effect pun sama gak berubah, memang gempak giler laa.. DUSHH! sane.. DUSHHH! sini.. padahal tumbukan biasa jer .wakakakaka!" mereka gelak ketawa tak henti-henti lagi.

Adoi mak, hahahaha! Transformers angkat kain kemban tu yang takleh tahan tu.. wakakakaka! Dah-dah, kang terpeliut plak rahang mulut aku nie.. hahaha! gelak tak habis-habis. :p Tu jer cerita dari aku .. hahahaha! Buat kerja.. :p

Semalam Pergi Mane?

Semalam, after balik kerja terus singgah kat Alamanda, nak g book ticket Transformers untuk petang ahad ni. RM20 ringgit, bek aku buat filem transformers versi sendiri. Hahaha! Selepas tu plan nak pergi makan plak, asal tiba time makan jer mesti aku ngan Siti dah confuse.

"Nak makan katner? You pilih.." ujar ku pada Siti. "Alaa.. you la pilih, asyik I jer yang pilih tempat.. Sekarang ni I ikut you, time gaji nanti you ikut I plak" balas Siti. Eh?? Camtu plak? Last-last KFC juga yang dituju.. Haha! :p

Siti tu suka sangat KFC... minat mende-mende goreng nie... Padan la dia makin tembam... kalau pelok sedap gak .. hahaha! Jap lagi kena lempunk la aku... statement carik pasal.. :p

Then cerita punya cerita punya cerita... time nak g Big Apple, aku ternampak dia. Dia siapa? Farid Kamil berbaju biru tengah berbual dengan manusia dalam itu telefon bimbit la. Tengok gambar tu, camtu la rupa dia semalam, ada jambangan .. bukan jambatan ek?

Jambangan yang sungguh lebat dan seksi bagi perempuan yang suka jambang. Hahaha! :p cuma Farid tak pakai spec semalam. Huuu! Aku minat gak ngan Farid Kamil ni, terus aku bagitau Siti. "Syg, tengok tu.. kawan you.. Farid Kamil" sambil menjuihkan bibir ke arah artist macho Anak Halal tu. "Mane? Mane?!" tanya Siti, terpusing-pusing kepala dia mencari Farid Kamil.

Siti ni kalau aku tak tahan dia, mesti dia jerit kot? haha! Tatau, tanyalah Siti sendiri.. :p saya tukang cerita jer.

Time tu, Farid tengah sibuk bergayut. Tak nampak plak sape jalan ngan dia.. siap cerminkan diri lagi, mengatur rambut. Hehehe! Siti plak teringin nak ambil gambar dengan dia, katanya nak bagi kakak dia jealous.. owh tidak? sampai camtu sekali sayang? hahaha! :p tapi malangnya tidak berkesempatan, Farid sudah menuju ke basement bersama dengan family dia.

Jadi, hanya dapat melihat Farid Kamil sekali pun jadilah. Hohoho! Handsome kan mamat tu? Tapi aku lagi cute. Hahahaha! Tak nak kalah.. :p

 
Dakjaat