★٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶☠ Followers ☆٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶★

Friday, July 3, 2009

Timbulnya persoalan yang tidak dijangkakan

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :

  • ialah individu yang agak kejam bagi saya. Tapi tu semua cerita lama, tag ni sengaja nak korek rahsia. Apakah pembuat tag ni takde kerja lain? Aminlah kepada dia.. (aku nak kerat-kerat lutut dia) Hahaha! :p

2. Saya sedang mendengar :

  • bunyi kipas yang bunyinya seperti gerudi daripada bilik bos dan saya sarankan kepada beliau belilah kipas buatan baru & made in Malaysia. Singer ke, CG ke.. Cap Ayam pun ada baiknya juga. Saya rekemen jer, saya tak membebel. :p sorry bos!

3. Mungkin saya patut :

  • berehat di rumah weekend ni sebab badan saya dah tak mampu nak bertahan. Maksud saya, tiap-tiap hari kena drive pergi balik dalam 60KM. Kesian tak saya? Abaikan saja.

4. Saya suka :

  • online, tak kiralah online itu ini ke sebab saya memang gemar online sehinggakan di rumah pun saya sudah memiliki broadband sendiri. Walaupun pakej agak mahal tetapi berbaloi juga.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

  • kini berada diperantauan barangkali, mungkin ada yang sudah berumahtangga. Agak cemburu juga saya, tapi saya tahu ini bukan masanya untuk memikirkan soal perkahwinan dulu. Ada matlamat yang harus dikejar terlebih dahulu dan selepas tercapainya segala yang dihajatkan maka perkahwinan akan dijalankan serta merta. Jemputlah datang. Hehehe!


6. Saya tak faham :

  • kenapa negara kita semakin hari semakin huru hara disebabkan Pakatan Rakyat?
  • kenapa orang perlu sibuk dengan hal kita sehingga menjatuhkan kita?
  • kenapa dalam iklan Carrefour kata harga mereka tidak sama dengan pasaran lain padahal sama sahaja pabila kita berada di carrefour?
  • kenapa perlunya marah apabila orang tidak suka pada kita?
  • kenapa masalah seringkali melanda tanpa henti?
  • kenapa tiket penerbangan Air Asia masih lagi mahal walaupun telah dimansuhkan servis perkhidmatannya?
  • kenapa orang suka bersifat kurang hajar dengan kita yang bersikap baik pada mulanya?
  • kenapa cina samseng yang berkerja di kedai handphone sehingga kita takut nak membeli handphone di Pertama Complex?

7. Saya kehilangan :

  • dara.. opss! Statement gurau-gurau saja, saya masih suci murni. Hehehe!
  • kucing kesayangan saya yang kini entah dimana.. Mio...
  • sticker motor yamaha dicilok oleh manusia entah mana asal usulnya.
  • jam tangan pemberian seorang kawan.
  • sifat suke bergaul mesra dengan orang ramai.

8. Ramai yang berkata :

  • " Why you behave like this?"
  • Tak rugi kalau kita banyak bercakap.
  • Apakah Dakjaat itu pelik orangnya?
  • "you're so cute!"

9. Makna nama saya :

  • orang kaya. Itu penjelasan yang saya terima ketika saya bertanya pada datuk dulu. Kenapa nama orang kaya diberikan? Datuk tak jawab maka saya tak dapat nak terangkan pada you all semua.
  • tiada maksud saya rasalah, but for me ianya satu nama yang klasik. Nama zaman-zaman Wong Fei Hong la tuh .. kehkehkeh!

10. Cinta itu adalah :

  • misteri, tak berdaya melawan takdir sang raja manusia.
  • isyarat dari sang pencipta.
  • buta. Orang kata but saya kata kalau buta macam mana nak bercinta?
  • satu perasaan yang paling istimewa apabila ianya bertandang dihati.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

  • sedang ingin bercinta! karena mungkin ada aku di sini, aku ingin. Ya Correct! ;p
  • sedang sibuk melaksanakan tugas hariannya manakala saya mengodam facebooknya.

12. Saya akan cuba :

  • untuk kuruskan badan yang kini orang kata pipi saya tembam. Owh! Amatlah xsuke.
  • membuat kerja saya tanpa melakukan kesilapan.
  • mengumpul duit untuk perkahwinan saya kelak. Hehehe!
  • tidur selama 20 jam untuk memecah rekod rakan serumah saya.
  • untuk balik ke Miri 3 kali dalam masa setahun.
  • memperbaiki kelemahan diri saya sehingga menjadikan diri ini yang terbaik!
  • seorang pakar I.T yang berkebolehan dalam level 5.
  • update blog ini selalu yang mana sekarang ni amatlah busy dengan kerja.
  • ubahkan pandangan saya terhadap orang yang saya tidak suka.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

  • selama-lamanya buat satu jangka masa yang tiada penghujungnya di duniawi ini mahupun di akhirat dan seterusnya. What you say?

14. Telefon bimbit saya :

  • berjenama Sony Ericsson.
  • menggunakan line Celcom yang diimport khas daripada Sarawak pada tahun 2007.
  • kadang kala agak sengal, mungkin keypadnya sudah rosak?
  • tidaklah power, cuma ada 3.2 mp, memory 1 gb, 3G, boleh dijadikan modem.
  • berwarna coklat tetapi dalam bahasa melayu coklat dipanggil?

15. Bila saya terjaga dari tidur :

  • perkara pertama yang saya akan lakukan "check restoran". (this lately)
  • matikan bunyi alarm telefon yang memainkan lagu Dewa 19 - Larut.
  • sujud 3 minit, untuk lancarkan pengaliran darah ke otak supaya tak pening lalat.
  • membebel "malasnyer nak kerja.." hahaha! :p
  • tutup kipas kerna sudah mengigil kesejukan tahap bawah pun sudah kecut. kahkahkah!

16. Saya paling meluat apabila :

  • apabila motorsikal parking rapat-rapat sehingga menyusahkan diri saya.
  • tengok perempuan yang terlalu gedik nak mati.
  • ternampak lelaki mengacau gadis yang lalu lalang di depan mereka.
  • melihat orang indon lepak ramai-ramai kat mana-mana jer la.. semak!
  • pemandu kereta bawa kereta macam bodoh dan saya nak jer tanya dia.. "Oit! bang! bang! Tunggu! katner ek amek lesen sampai boleh bawak kereta camtu?!" Hahaha! :p

17. Pesta / Parti adalah :

  • satu program keramaian yang saya tidak gemari sebab saya akan cepat pening kepala melihat orang ramai di depan mata.
  • perkara yang paling happening. Tetapi kalau clubbing best gak, saya lebih prefer live band.
  • satu bentuk pergaulan sosial yang mampu mengundang zina dan bagainya. Orang kata, not me laa...
  • satu perkara yang hanya mampu dibuat jika ada peruntukan yang mencukupi.
  • program yang mengaut keuntungan seperti karnival Hotlink, Jom Heboh dan ETC.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

  • Kucing Local. Muka comel, saya suke kucing belang sebab saya lahir tahun Rimau.
  • Hamster kecik tu apa nama tah.
  • Sugar Glider, entah camne lak nak spell nama binatang tu.
  • Burung, yang comel jer laa.. yang garang-garang tu namao.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

  • 16 dan 17 sebab saya mulai glamour dan ramai kawan di sekolah. Sebab saya sudah mulai pandai bersosial pada masa itu.
  • 18 dan 20. Pada masa itu saya masih lagi tercari-cari kerja apa yang bersesuaian dengan saya? Disamping itu, kenal ramai kawan baru dan banyak kenangan yang istimewa yang kini hanya tinggal kenangan saja.

20. Hari ini :

  • saya nak tengok movie kat pc, sambil berehat diwaktu rehat yang agak lama ini. Tak keluar barangkali?
  • saya memakai baju melayu berwarna hitam + pin emas. Orang kata comel, saya kata "terima kasih".
  • saya nak pergi ke pasar malam dengan Siti, lepak-lepak kat situ sambil makan makanan yang takdelah sedap sangat.
  • saya nak book tiket wayang Ice Age 3 untuk keesokan harinya.

21. Malam ini saya akan :

  • online segala-galanya yahoo messenger, facebook, blog, friendster, myspace, gmail, dewa 19.com
  • menonton wayang yang tidak habis ditonton di pc rumah saya sambil minum teh sabah kalau ada.
  • makan malam dengan Siti comel tombikai bosa!
  • mandi lama, seronok main air. kecebushhh! Habis basah bilik air. Ngamok member.

22. Esok pula saya akan :

  • bangun lewat sedikit, basuh baju dan mengemas bilik dan kalau rajin saya akan volunteerkan diri untuk mengemas ruang tamu dan juga dapur.
  • keluar pergi tengok Ice Age 3 di GSC dan akan makan di Mc Donald selepas itu.
  • mandikan jentera saya yang diberi nama Mio.
  • berehat pada sebelah malam dan tengok channel HBO, Max & Star Movie, kalau ada Macam-macam Aznil pun best juga.
  • online lagi seperti biasa sehingga lewat malam.

23. Saya betul-betul inginkan :

  • kehidupan yang tiada gangguan dan tekanan dari apa jua disekeliling.
  • keluarga yang sempurna namun mak abah dah tak sehaluan.
  • kamera DSLR yang mahal gila pig itu.
  • hidup bahagia bersama Siti.
  • laptop dan kalau nak taip lagi sure korang lagi menyampah nak baca. ;p

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

  • "segaknya aku pakai baju melayu ni"
  • "rambut masih basah plak.. aduhh!"
  • spray minyak wangi ubermen sambil tengok cermin ape kes?

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

  • saya pasti akan pilih pusat membeli belah sebab Siti pantang tengok kalau ada SALE!
  • arked permainan hanyalah untuk remaja-remaja yang masih kencing berterabur.

26. Makanan Barat atau Jepun :

  • Makanan barat, Mekdi, Kepchi, Pizza, Burger King. Bukankah itu semua juga makanan barat? :p makan jerlah! banyak cerita plak! Tapi saya lebih prefer makanan rumah panjang atau masakan Mama dengan Siti.

27. Bilik yang terang atau gelap :

  • Dua-dua diperlukan untuk situasi yang tertentu. Tertentu? Hehehehe!
  • Gelap, mata saya tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang.. sakit!
28. Makanan segera adalah :

  • makanan yang kita order kat kaunter.
  • makanan yang memerlukan orang dikaunter bertanya, "makan sini?" dan saya jawab, "tak, makan kat meja sane. Kat kaunter ni tak muat". Terus budak fast food itu benggang. Kuikuikui! ;p
  • makanan yang dibuat dengan kadar segera seperti mee segera, burger, ayam goreng.
  • yang memerlukan kita beratur untuk mendapatkannya jikalau anda berada di Mall.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

  • "balik nanti terus mandi, jangan tak mandi. Ok sayang, bye", pintu lift tertutup.
  • "Good night, sweet dream, sleep tight. Mwah! I Love you~" sms ..
  • bila dah benci dan menyampah.. pasti akan type ni .. "END!"

30. Siapa yang anda mahu Tag?

  1. Ivy, dia ni bangsa apa pun aku belum tahu lagi. Bidayuh ke ape? Yang pasti, aku nak dermakan tag ni kepada dia. Bertambah la entri ko Ivy?! wwahahaha! I am so mean .. :p
  2. Hana. Dia hari tu tetibe tag aku.. then hari ni turn aku plak tag dia. Fadan muke, lagi panjang soalan, tak jawab memang nak kena baling ngan cpu ni.
  3. Huda. Dia ni bila jadi lelaki masa dia buat teater ke ape hari tu dalam blog dia, still gak nampak macam perempuan sebab hidung dia. Dan disebabkan restoran dia besar dan ada banyak duit dlm restoran dia maka aku tag la dia sebab aku dengki. hahaha! :p
  4. Miszue. Dah lama tak dengar cerita daripada miszue nie, entah-entah dah berlaki. Dia dah ada girlfriend baru, tu pasal dia lupakan member terus. Takpe, kalau tak buat tag ni memang nak kena santau terus.. Bramm Bremm broomm kebaboomm! :p
Nak tag reramai ni aku agak bosan sikit, sebab apa dorang bukannya nak buat full pun?! kan kan? Kekadang tu ade plak yang memandai-mandai edit sendiri. Fuh! Tabik spring tayar jentolak ngan ko! :p takpelah, buat la ek... bagi muke sikit kat Dakjaat. Tag ini daripada Cik Hijau. Thanks Cik Hijau.

18 kritikan & kutukan:

Ivy Metaga said...

wah ha ha ha....tag ari tu pun sy tak sempat jawab dakjaat, hutang 2 tag dari dakjaat nih huhu..

oh nak tau sy ni bangsa apa erk, sy ni lunbawang mix bidayuh, my dad lunbawang dari lawas and my mum yang bidayuh dari kuching.....aaaa..persoalan dah terjawap..

MiSZuE said...

ha ha ha
giler panjng cyg oi!!!
huishhhhhh..lame xdengar citer ke??
aah da ade 4 laki hahaha!

yelahh sebab panjang sangat lambat sikitlah baru dapat buat ok????

okla ek....

Dakjaat™ said...

mix bawang n dayuh.... namanya apa? Lundayuh?! wahhh! bangsa baru ek.. ekekeke! :P takpe.. tak buat pun takpe... :) panjang kan? :p hahhahaa!

Dakjaat™ said...

miszumidah! setiap kali aku bagi tag mesti dia tak nak buat.. takpe2... dah berlaki 4 pun masih lagi malas.. wahakakakaka!

Dakjaat™ said...

nak buat camne addy .. dah orang kasi tag.. kite buat.. kalau tak buat kang majok plak ... :P tapi bila kite buat.. orang yang ditag oleh kite plak tak nak buat.. adoi~

nana kiut ;) said...

suka jawapan 28 tu ;)
satu opis nana gelak bler nana baca tau ;)
sudah diagak encik dakjaay akan menggeletek perutkue ini ;)

Hazzy Ishak said...

panjangnya tag ni...terus pingsan kalau kena buat...haha

coklat??winkwink*
wah sukanya tgk laki ngn baju melayu itam...kacccakkk!

Dakjaat™ said...

takde problem sangat kalau pandai jaga.. .:P keypad tu takde la rosak .. cuma sensor ke ape dalam keypad dia tu ... ada problem sikit.. bukan sensor but.... lupe nama benda tu .. dah jadi nipis.. tu yang tak dapat nak tekan sangat... :) but still can use..

Blog Widget by LinkWithin
 
Dakjaat