★٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶☠ Followers ☆٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶★

Wednesday, July 29, 2009

Amanda Crew Sex Drive


Leo award winning actress Amanda Crew was born and raised in Langley, BC. She has become an overnight success in the acting world, and quickly garnered attention from loyal Whistler fans. This young star is on the fast track to becoming one of Canada’s top actors.

Her latest project, the feature film Sex Drive, is set for theatrical release in October 2008. Amanda plays the gorgeous, spunky tomboy friend of Josh Zuckerman (Austin Powers: Goldmember, Pretty Persuasion) in this road trip buddy comedy about a young man on a cross-country mission to lose his virginity.

Directed by Sean Anders and also starring Clark Duke (Superbad), James Marsden (Enchanted, X-Men 1-3) and Seth Green (Austin Powers 1-3, The Italian Job), the film follows Ian (Zuckerman) and his two best friends (Duke and Crew) on a hilarious journey to meet his online lady love.

Amanda is best known for her role as Carrie Miller in the hit CTV series Whistler, a role that won her this year’s 2007 Leo award for Best Lead Female in a Dramatic Series. Whistler, a drama series set in the high-society winter playgrounds of North America, is filmed in Vancouver, BC. Season two unfolds with a twist of hope for Amanda’s character Carrie. With the mysterious death of her ex-boyfriend Beck McKaye finally solved, Carrie and the Whistler community move forward with their lives. Carrie attempts to come to terms with being the daughter of the most powerful man in town, much to the displeasure of her protective older sister Nicole.

In addition to working on the series Whistler, Amanda starred opposite Virginia Madsen and Elias Koteas in the Gold Circle Films production of The Haunting in Connecticut. Directed by Peter Cornwall, it’s the true story of one family’s supernatural ordeal. When the son of the Campbell family is diagnosed with cancer, they uproot themselves to Connecticut to seek treatment. Amanda plays their cousin, Wendy, who comes to live with them. As they settle into their new home, the son grows increasingly disturbed by terrifying paranormal activity that exposes the house’s dark secrets. But then, the son’s condition takes a sudden and unexplained turn for the worse, and they soon realize all their lives are in grave danger.

It was only a few years ago in 2003 that Amanda started a career in acting when she was cast as a series regular for two seasons on the YTV series 15/Love. Since then, she has gone on to book two supporting lead roles in feature films, including the cult hit Final Destination 3 and She’s The Man (starring Amanda Bynes); as well as television appearances, including recurring roles on the ABC series Life As We Know It, the popular WB series Smallville, and a leading role in the movie of the week Meltdown. Last year, Amanda filmed a supporting lead role in the movie The Genesis Code in Bulgaria.

In her spare time, she enjoys enjoying riding her bike on the seawall and going for walks with her dog.

Saturday, July 25, 2009

Ramalan Tsunami 22 Julai 2009


Syukur... benar-benar aku bersyukur kali ini. Ingat lagi tak pada ramalan Tsunami kedua akan berlaku pada 22 Julai tahun 2009? Click sini. Tarikh hari ini ialah 25 Julai, ramalan tersebut mengatakan 22 Julai. Sudah melepasi tarikh tersebut, tenang hati aku. Bukan main resah lagi aku memikirkan perkara ini kerana rumah familyku begitu dekat sekali dengan persisiran pantai Miri.

Mungkin ada dikalangan kita yang berdoa kepadaNya agar dijauhkan daripada Bencana tersebut. Aku pun turut mendoakan agar tidak terjadinya perkara yang tidak diingini itu.

"Kalaulah betul apa yang diramalkan maka ketika yang sama kita telah pun membuat sesuatu yang terbaik untuk menghindari bala bencana dan musibah ini dengan cara yang terbaik berdasarkan kalam Rasul saw yang paling benar sebagaimana sabdaannya :-

“….dan cegahlah bencana dengan yang datang dengan “Doa” kerena doa dapat menghilangkan penderitaan yang diturunkan dan dapat mencegah bencana yang akan datang”.(Dari Ubadah bin Samit r.a : Fadhilat sedekah)

Cara yang yang penulis maksudkan ialah pada tarikh-tarikh berkenaan adalah Ijtimak(Tabligh) Muslimin di Malaysia. Philipina, Singapura dan Indonesia. Bermula di Malaysia pada 9 Julai 2009 dan berakhir pada 22 Julai 2009 di Indonesia. Kemuncak Ijtimak “Doa” akhir dan ribuan jemaah akan dikeluarkan.

Insyaallah, Semuga kita semua dapat hadir dan keluar selepas Ijtimak.

Dakwah dan Doa....." by Akhir Zaman


Tetapi, tertanya-tanya juga aku sama ada email yang pernah aku terima itu dulu hanyalah satu gurauan atau ramalan yang benar datangnya dari pihak-pihak pengkaji cuaca? Kalau ada pihak yang saje-saje nak melawak, memang aku cekik sampai dia masuk ICU.

Apa-apa pun, 22 Julai 2009 sudah kita lalui dengan hari yang cerah dan aman. Syukur..
Mode: Auto publish.

Wednesday, July 22, 2009

'Mereka' sentiasa ada...


Jalan [Miri] yang menghubungkan rumah aku dengan bandar sememangnya menjadi laluanku setiap kali pulang dari tempat kerja. Walaupun memacam cerita karut aku dengar tentang jalan itu, aku tetap tidak mempercayainya. Peduli hape aku?!

Cerita mengenai jalan itu semuanya tidak masuk akal! Sebelum ni ramai member advise aku jangan gunakan jalan itu lagi tetapi aku masih lagi degil dan yakin semua itu karut giler. Biasalah kepala batu, mana ada hantu pada zaman konkrit nie?

Jalan tu dulunya adalah jalan utama yang menghubungkan kampung dengan bandar berhampiran. Bilamana jala raya baru mulai siap, ia semakin jarang digunakan. Tetapi aku tetap memilih jalan ini untuk berulang alik kerana jaraknya dengan bandar lebih dekat. Lagipun ada ramai lagi pengguna lain yang menjadikan jalan itu sebagai laluan dorang. Ape susah?

Suatu malam tu, time aku pulang dari tempat kerja kira-kira jam 1 pagi, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena ketika melalui jalan tu. Aku betul-betul rasa rimas! Shit! Hati dah berdebar-debar dan bulu roma serta bulu-bulu lain dah mula meremang. Bagaimanapun aku ignore segala perasaan tu.

Motorsikal yang aku tungga terus meluncur laju. Tetibe lak enjin motor aku mati, nasib baik aku dapat control. Kalau tak mungkin aku akan berada di hospital lor. Aku menjadi semakin tak keruan, tambahan pula sudah banyak kali aku cuba hidupkan enjin, namun... tetap takde hasil. Time ni jugak motor nak condemn..

Cuaca yang dingin serta angin malam tu bertiup pelahan sungguh menyeramkan. Segala cerita hantu yang pernah aku dengar sebelum ni, mula bermain di fikiran. Tiba-tiba mata aku terpaku pada sesusuk tubuh yang muncul disebalik kabus putih yang memenuhi jalan. Seorang gadis berambut panjang lurus dan berpakaian serba putih mula menghampiriku. Aku terpaku, cuba untuk melangkah tetapi kaki aku terasa berat sangat.

Gadis itu terus berlalu sebelah aku, aku tak sempat melihat wajahnya kerana kerana ketika itu suasana hanya diterangi cahaya bulan jer. Sebaik jer gadis tu melewati aku, aku tercium bau harum dan entah camne hati aku boleh terdetik untuk menoleh ke belakang.

Aku pandang ke belakang, aku memang terperanjat bila gadis tadi masih belum berlalu betul-betul berada di belakang aku. Dengan keadaan rambutnya yang menggerbang serta matanya yang merenungku tajam, membuatkan aku melepaskan motor dan terus berlari menuju ke rumah. Dalam masa yang sama aku tidak henti-henti membaca segala doa-doa yang aku tahu tak kira doa cina ke, iban ke islam. Dah cuak sangat!

Aku sampai di rumah terus melaung nama mak. Apabila pintu dibuka aku terus lari ke bilik, longlai dan pengsan tidak sedarkan diri. Keesokan harinya aku demam, sementara motor aku dijumpai oleh sedara aku di depan rumah. Bagi memulihkan semangat aku, mak bawak aku berjumpa dengan pawang. Setelah dirawat barulah aku kembali bertenaga seperti sediakala.

Aku cerita dekat member-member aku tentang apa yang berlaku dan semenjak dari hari itu aku tak berani giler nak guna jalan tu lagi. Rela aku guna jalan yang baru dan lagi jauh tu. Cukuplah sekali aku terkena! Ini pun gara-gara mulut aku yang cabul sebelum ni. Kejadian ni menyedarkan aku bahawa dalam hidup ni kita tidak boleh terlalu fikirkan diri kita jer atau bercakap sesuka hati dan yang paling penting sekali jangan bermulut celupar.

Benarlah kata orang-orang tua, kerana mulut badan binasa. Orang muda lak kata, kerana mulut kita kaya. Huhuhu! Serik aku..

Sunday, July 19, 2009

Tak jelas tapi nyata...


Kisah ini dialami semasa aku masih belajar di sebuah universiti di utara tanah air. Walaupun sudah enam tahun berlalu, ia masih basah dalam ingatan. Pengalaman yang menyeramkan ini adakalanya membuatkan aku gerun bila tinggal keseorangan di rumah.

Pada tahun pertama dan kedua pengajian, aku tinggal di kolej kediaman. Pada tahun ketiga, aku sengaja tidak memohon asrama kerana mahu merasa hidup luar kampus. Kononnya mahu berdikari.

Pada akhir semester tahun kedua, aku mula menjejaki rumah sewa bersama empat lagi rakan. Kami berjaya mendapatkan sebuah pangsapuri tidak jauh dari kampus milik sepasang suami isteri berketurunan Cina. Pangsapuri tiga bilik itu terletak di tingkat tujuh. Keadaannya agak suram. Tapi kerana sewanya yang agak murah, aku dan kawan-kawan bersetuju untuk mendudukinya.

Seminggu pertama kami berlima di rumah itu, kami selesa. Suasana rumah sangat tenang, sesuai untuk mengulang kaji pelajaran. Adakalanya bila keseorangan di rumah itu, aku rasa seram sejuk. Tapi bila beramai-ramai, aku tak menghadapi apa-apa masalah. Namun begitu, ada beberapa teman serumah lain kurang selesa tinggal di rumah itu. Kata Abi yang tinggal di bilik single, dia selalu rasa 'semacam'. Seperti ada sesuatu yang sentiasa memerhati gerak-gerinya di rumah.

Teman sebilikku, Nua pernah mendengar suara menyanyi di bilik air. Ketika itu dia sedang mandi. Dia terkejut sangat, Lagu yang didengarnya adalah lagu zaman 60-an. Suara yang menyanyi itu pula seperti dekat sahaja dengannya. Seolah-olah 'benda' tu menyanyi dalam bilik air juga. Dia apa lagi, kelam kabut keluar sambil menjerit ketakutan.

Ferol dan Rizman yang menghuni bilik utama juga ada pengalaman ngeri. Mereka mendengar ada sesuatu yang mengetuk pintu almari dari bahagian dalam. Mereka tidak berani membuka almari tersebut. Apabila disiasat, tak ada apa yang mereka temui.

Peristiwa itu diikuti beberapa peristiwa ganjil lagi. Semasa tidur, kami mendengar seperti ada orang yang tolak kerusi dan meja belajar kami yang terletak di ruang tamu. Seperti ada orang mengamuk dan bergaduh di ruang tamu tetapi tiada siapa berani keluar melihat apa yang berlaku. Kejadian tu berulang setiap hari. Namun kami masih lagi buat tak tahu.

Suatu petang, langit kelihatan gelap seolah-olah hujan lebat akan turun bila-bila masa. angin bertiup kencang. Aku dan Nua mengulangkai pelajaran di ruang tamu. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Aku pun bangun dan membuka pintu. Petang itu kawan sekuliah kami, Wan berjanji untuk datang study group dengan kami. Tapi bila pintu dibuka, tiada siapa di luar. Suasana agak suram. Aku pun menutup dan terus mengunci pintu rumah.

Kira-kira lima belas minit kemudian, mata aku dan Nua tertumpu kepada pintu rumah. Tiba-tiba ia terbuka dengan sendirinya. Memang pelik dan mustahil untuk pintu itu terbuka sendiri sedangkan ia sudah dikunci. Hendak dikata ada orang lain yang buka, pasti kami akan dengar bunyi kuncinya.

Pintu itu perlahan-lahan terbuka hingga separuh penuh. Aku dan Nua rasa pelik. Aku rasa ada sesuatu yang menyandar pada pintu itu. Suasana sunyi. Mata kami masih tidak berganjak dari memandang pintu kayu berwarna coklat itu.

Tiba-tiba kami nampak tangan orang memakai baju putih. Bahagian tangan bajunya labuh sehingga tidak nampak tangannya. Tangan itu pula sedang menarik pintu tu ke belakang, seolah-olah mahu keluar rumah dan menutup pintu. Nua sudah mengigil. Begitu juga aku. Kami berlari masuk ke bilik. Malam itu kami ceritakan peristiwa yang terjadi kepada teman serumah yang lain.

Keesokan harinya kami mengambil keputusan berpindah. Sementara mendapat rumah sewa lain, aku dan teman-teman terpaksa menumpang di rumah kawan-kawan kami yang lain. Sejak peristiwa itu, aku mula mempercayai adanya makhluk halus di sekeliling kita setiap hari. Cuma kita sahaja yang tidak menyedari kehadirannya sehingga kita melihat sendiri kewujudannya. Bumi Prima

Saturday, July 18, 2009

Ah!~ Famous ke ko?? Tapi aku tak kenal pun ko??


Keputusan Poll kali ni amatlah mengecewakan.. Hahaha! :p xdelah, keputusan poll kali ni aku tatau nak cakap camne, seri jer... 43% kata layak sebab comel (geli aku), 43% lagi sokong tanpa mempedulikan apa yang aku buat. 14% vote aku jadi pelakon, nak aku berlakon ceta ape? Cerita anak wayang? woo~ ganas-ganas, xmo ler.

xde plak yang vote aku jadi penyanyi, korang iri hati ngan aku yerk.. keji tol. Belum lagi korang dengar suara aku menyanyi, kalah Awie ngan Amy Search. Suara sebijik sama dengan vocalist All American Reject. wakakakaka! :p

Ya.. baru teringat, aku nak cerita pasal ni sebenarnya "tentang blogger yang perasan famous". Aduh! Menyampah giler aku ngan budak perempuan sekor nie, entah kenapa dia perasaan famous sampai dia datang haid. Kahkahkah! Pergi mampos la! Kalau setakat followers 200 ke atas pun, ingat dah famous ke? Aku rasa ko lagi layak pergi masuk dalam kubur la budak.

Setahu aku la, kawan-kawan bloggers aku yang lagi banyak followers nyer takde plak nak berlagak atau perasan sampai terheboh-heboh kat facebook. Ape ke sial nye perempuan tu nak show off? Dalam 200 lebih followers tu, pernah ke ko nak open blog dorang sampai habis? Jangan tipu la, aku sendiri lagi tak berkesempatan nak jenguk blog dorang.

Then aku sound dia kat facebook, terus dia hangin satu badan. Tengok-tengok jer aku dah di delete daripada friendlist dia. Woi! Ko dah kalah keR? wakaka! Bagus-bagus! Kalau takleh terima kritikan orang, sile pergi duduk semeja makan ngan Babi kat Kandang Babi! wakakaka!

Pantang giler aku tengok orang berlagak ni, tak kira dari apa segi sekali pun. Kalau tak kena kutuk dalam blog, dalam hati memang kena jugak la. Setakat nak berlagak tentang something yang kita takde, baik lupekan. Sebab semua tu hanya sementara jer... sekali dah terkena bala?! Barulah orang kata, "Padan Muka".

Thursday, July 16, 2009

Give me a chance and I'll prove this all wrong


From the first day, that I saw your smiling face. Honey, I knew that we would be together forever. When I asked you out you said no but I found out. Darling that you'd been hurt, you felt that you'd never love again. I deserve a try honey just once, give me a chance and I'll prove this all wrong. You walked in you were so quick to judge but honey he's nothing like me.

I'll never break your heart, I'll never make you cry. I'd rather die than live without you. I'll give you all of me honey that's no lie.

As time goes by you will get to know me. A little more better, girl that's the way love goes. And I know you're afraid to let you're feelings show and I understand but girl it's time to let go. I deserve a try honey just once, give me a chance and I'll prove this all wrong. You walked in you were so quick to judge but honey he's nothing like me, darling why can't you see..

Thursday, July 9, 2009

Currently at Langkawi Island


Currently at Langkawi, ada kursus bukannya aku bercuti kat sini. Jadi, ada tak blogger-blogger yang aku kenal kat Langkawi? The answer is 'takde'. Hehehe! Tak lama kat sini, next week balek lor... nak lama-lama nanti Siti pulak yang membebel, jadi harus pulang cepat. Hehehe!

Ade ape ek kat Langkawi? Orang kata, coklat murah & sedap... orang kata rokok Dunhill kat sini plak tak sedap seperti yang dijual kat pasaran. Tak padat orang kata.. aku saje tanye.. Hehehe! Dan lagi orang kata yang selebihnya adalah diparas harga yang dan cuma barangan-barangan tertentu jer murah.

Aku sempat berkunjung ke Makam Mashuri.. Gerun & Menarik gak.. Gambarnya, lepas balik dari Langkawi nanti aku uploadkan untuk korang tengok.. versi lain-lain maklumlah sendiri yang amek gambar.


Sempat menjejakan kaki di pantai Langkawi, ramai gak mat salleh mat arab & mat rempit plak takde. Scooter sana sini, hehe! Gamble jer dorang ni kat negara kita, untungnya Langkawi nie.. kalau aku yang punya dah lama aku buat resort sana sini.

Tak pasti sama ada aku punyai kesempatan untuk menjelajah pulau Langkawi nie. Yang pasti coklat tetap akan dicari.. belum pape lagi Siti dah pesan coklat banyak-banyak. Kat mane ek nak cari coklat nie? First time aku jejakkan kaki ke Langkawi nie.. Tempat orang aku tak tau la jalannya. :p

Neway, thanks to my previous bos yang sudi meminjamkan laptopnya Vaio. Kalau tak entah camne nak buat kerja, aku dah try nak pinjam dengan orang-orang yang aku kenal tapi korang sendiri fahamlah yang barang tu personal. Apa yang personal? Mungkin dorang ada letak gambar-gambar toottt.... hahaha! Ade aku kisah? :)

Tuesday, July 7, 2009

weekend lepas di One Utama

wuwuwu! :) hampir berabuk suda blog Dakjaat nie.. :p busy bha... bukan macam korang takde kerja, boleh la update blog.. (ciss! jeles gue). Ya..ya..ya.. MJ dah meninggal dan layout aku buat korang pening selame 2 hari sebab korang tak nampak. Hehehe! Sengaje ke? Taklah, tak terfikir plak korang akan pening. Tandanya mata korang perlu d`train utk lebih fokus pada sesuatu yang lebih kecil. :p hek eleh! Cakap jer sengaje.. wakakaka! :p

hasil shopping at One Utama $167 flew~

Jadi semalam.. eh, bukan semalam.. last weekend saturday tak plan sangat actually maka aku menggatalkan diri ajak Siti pergi One Utama (dlm hati O.U tu boring). Bersiap2lah nak pergi O.U naik bas Rapid. Petang tu xramai org, pelik plak aku coz biasanya ramai org. Pelik kan? Korang lagi pelik sebab bace apa yang aku nyatakan nie. kihkihkih!

One Utama, landing kat F.O.S ape maknanya aku pun lupe. Federal Oblog Society kot? :p Haha! Bukanlah! Factory ape tah, korang ingat-ingatlah sendiri aku dah lupe. Kat situ beli baju sexy cik Siti... Bukan main lagi dia suke baju tu, 'kaching!'~ bunyi cash machine menanda baju itu telah dibayar. ;p

Cari baju aku kat F.O.S langsung takde, hampeh & hampagas. Kuciwa gak, asek Siti jer dapat barang dia, barang aku susah lak nak carik. Jalan ke west wing, east wing takde jumpa gak. Penat dah aku.. Siti plak bertenaga, dia makan apa tah tak kasi tau aku pun.. uwaaaa!

Then, ternampak ramai orang kat Padini.. zaasstt! Terus carik dan jumpe! Yeahhh! SEED! OMG! Lame dah carik baju jenama SEED yang slim fit ngan badan aku neh..! Tak nak susah-susah cari maka aku cekau 3 helai... :( mahal woh! tapi nak buat camne kalau hati dah suke..?

Gimik Siti yang kedinginan di malam hari...

Blaa...blaa...blaa... terus g makan Mc Donald, tak sempat nak amek LUNCH MEAL punye harga. :( Ciss! Boleh plak terlambat.. patutnya extend sampai jam 5.. Hahaha! After that balek lor ke Putrajaya naik mende yang sama. Sampai kat putrajaya balik rumah mandi dulu before nak gerak ke Alamanda.

7.12 pm kat GSC Alamanda, tengah beratur nak amek tiket online. Punyalah ramai manusia nak tengok Transformers Revenge of the Sith.. :p Revenge of The Fallen.. Aku pun beratur, barisan takde la panjang sangat sebab aku nak tengok Ice Age 3. Seperti biasa seat VIP kitorang ialah 10 & 11 untuk hall 4 dan untuk hall 3 ialah 11 & 12. Seat atas sekali, kalau seat tu dah ada orang susahlah nak decide sama ada nak tengok wayang atau tidak? Haha! Demand sungguh!

Dah habis? belum lagi... lepas Ice Age 3, g melalak kat Box.. habis sakit suara aku.. Siti plak maintain ok jer suara dia. Aku rasa dia makan dedak kot? kekeke! :p Then lepak kejap kat Dataran Putrajaya sambil amek-amek gambar dia. Pastu balik dan tidur terus... padatnya jadual hari sabtu..

Click utk gambaran yang lebih jelas..

Ahad, 8.00 bangun sudah... :) First thing to do, online dulu.. check facebook ade latest notification ke ape ke.. tadak! takpe, proceed baring terus sambil buat peta.. Then terbangun plak, perut lapar cari makanan. Cuaca pagi tu sampai ke tengahari sangat-sangat dingin, macam hidup kat England pun ada cuma asap keluar dari mulut jer takde.

11 am, ajak Siti g kedai beli air susu.. lapar sangat.. Sampai jer kat kedai ternampak iklan kat dinding, "Saya nak sewa bilik".. tak pernah-pernah lagi aku terjumpa iklan camni. Yang biasa dijumpai ialah "Mencari Rakan Sebilik" (hilang ke roomate dia? wakaka), "Roomate Diperlukan" (bunyi cam gersang jer. Hahaha), adoi.. kelakar-kelakar2.. :p

Iklan yang biasanya kita pernah dengar ialah Bilik untuk disewa, Rumah untuk disewa, itu jer kan? Muda mudi sekarang ni memandai jer ngubah tajuknya, nak jer aku tampal iklan "Teman lelaki untuk disewa" siap letak no telefon lagi. Apa akan jadi agaknya yer? Haha! Tak pasal-pasal di`call dak-dak bapok Putrajaya. Warghkahkahkah! :p

Sunday, July 5, 2009

You are not alone... we all miss you....




Friday, July 3, 2009

Timbulnya persoalan yang tidak dijangkakan

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :

  • ialah individu yang agak kejam bagi saya. Tapi tu semua cerita lama, tag ni sengaja nak korek rahsia. Apakah pembuat tag ni takde kerja lain? Aminlah kepada dia.. (aku nak kerat-kerat lutut dia) Hahaha! :p

2. Saya sedang mendengar :

  • bunyi kipas yang bunyinya seperti gerudi daripada bilik bos dan saya sarankan kepada beliau belilah kipas buatan baru & made in Malaysia. Singer ke, CG ke.. Cap Ayam pun ada baiknya juga. Saya rekemen jer, saya tak membebel. :p sorry bos!

3. Mungkin saya patut :

  • berehat di rumah weekend ni sebab badan saya dah tak mampu nak bertahan. Maksud saya, tiap-tiap hari kena drive pergi balik dalam 60KM. Kesian tak saya? Abaikan saja.

4. Saya suka :

  • online, tak kiralah online itu ini ke sebab saya memang gemar online sehinggakan di rumah pun saya sudah memiliki broadband sendiri. Walaupun pakej agak mahal tetapi berbaloi juga.

5. Sahabat-sahabat baik saya :

  • kini berada diperantauan barangkali, mungkin ada yang sudah berumahtangga. Agak cemburu juga saya, tapi saya tahu ini bukan masanya untuk memikirkan soal perkahwinan dulu. Ada matlamat yang harus dikejar terlebih dahulu dan selepas tercapainya segala yang dihajatkan maka perkahwinan akan dijalankan serta merta. Jemputlah datang. Hehehe!


6. Saya tak faham :

  • kenapa negara kita semakin hari semakin huru hara disebabkan Pakatan Rakyat?
  • kenapa orang perlu sibuk dengan hal kita sehingga menjatuhkan kita?
  • kenapa dalam iklan Carrefour kata harga mereka tidak sama dengan pasaran lain padahal sama sahaja pabila kita berada di carrefour?
  • kenapa perlunya marah apabila orang tidak suka pada kita?
  • kenapa masalah seringkali melanda tanpa henti?
  • kenapa tiket penerbangan Air Asia masih lagi mahal walaupun telah dimansuhkan servis perkhidmatannya?
  • kenapa orang suka bersifat kurang hajar dengan kita yang bersikap baik pada mulanya?
  • kenapa cina samseng yang berkerja di kedai handphone sehingga kita takut nak membeli handphone di Pertama Complex?

7. Saya kehilangan :

  • dara.. opss! Statement gurau-gurau saja, saya masih suci murni. Hehehe!
  • kucing kesayangan saya yang kini entah dimana.. Mio...
  • sticker motor yamaha dicilok oleh manusia entah mana asal usulnya.
  • jam tangan pemberian seorang kawan.
  • sifat suke bergaul mesra dengan orang ramai.

8. Ramai yang berkata :

  • " Why you behave like this?"
  • Tak rugi kalau kita banyak bercakap.
  • Apakah Dakjaat itu pelik orangnya?
  • "you're so cute!"

9. Makna nama saya :

  • orang kaya. Itu penjelasan yang saya terima ketika saya bertanya pada datuk dulu. Kenapa nama orang kaya diberikan? Datuk tak jawab maka saya tak dapat nak terangkan pada you all semua.
  • tiada maksud saya rasalah, but for me ianya satu nama yang klasik. Nama zaman-zaman Wong Fei Hong la tuh .. kehkehkeh!

10. Cinta itu adalah :

  • misteri, tak berdaya melawan takdir sang raja manusia.
  • isyarat dari sang pencipta.
  • buta. Orang kata but saya kata kalau buta macam mana nak bercinta?
  • satu perasaan yang paling istimewa apabila ianya bertandang dihati.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

  • sedang ingin bercinta! karena mungkin ada aku di sini, aku ingin. Ya Correct! ;p
  • sedang sibuk melaksanakan tugas hariannya manakala saya mengodam facebooknya.

12. Saya akan cuba :

  • untuk kuruskan badan yang kini orang kata pipi saya tembam. Owh! Amatlah xsuke.
  • membuat kerja saya tanpa melakukan kesilapan.
  • mengumpul duit untuk perkahwinan saya kelak. Hehehe!
  • tidur selama 20 jam untuk memecah rekod rakan serumah saya.
  • untuk balik ke Miri 3 kali dalam masa setahun.
  • memperbaiki kelemahan diri saya sehingga menjadikan diri ini yang terbaik!
  • seorang pakar I.T yang berkebolehan dalam level 5.
  • update blog ini selalu yang mana sekarang ni amatlah busy dengan kerja.
  • ubahkan pandangan saya terhadap orang yang saya tidak suka.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :

  • selama-lamanya buat satu jangka masa yang tiada penghujungnya di duniawi ini mahupun di akhirat dan seterusnya. What you say?

14. Telefon bimbit saya :

  • berjenama Sony Ericsson.
  • menggunakan line Celcom yang diimport khas daripada Sarawak pada tahun 2007.
  • kadang kala agak sengal, mungkin keypadnya sudah rosak?
  • tidaklah power, cuma ada 3.2 mp, memory 1 gb, 3G, boleh dijadikan modem.
  • berwarna coklat tetapi dalam bahasa melayu coklat dipanggil?

15. Bila saya terjaga dari tidur :

  • perkara pertama yang saya akan lakukan "check restoran". (this lately)
  • matikan bunyi alarm telefon yang memainkan lagu Dewa 19 - Larut.
  • sujud 3 minit, untuk lancarkan pengaliran darah ke otak supaya tak pening lalat.
  • membebel "malasnyer nak kerja.." hahaha! :p
  • tutup kipas kerna sudah mengigil kesejukan tahap bawah pun sudah kecut. kahkahkah!

16. Saya paling meluat apabila :

  • apabila motorsikal parking rapat-rapat sehingga menyusahkan diri saya.
  • tengok perempuan yang terlalu gedik nak mati.
  • ternampak lelaki mengacau gadis yang lalu lalang di depan mereka.
  • melihat orang indon lepak ramai-ramai kat mana-mana jer la.. semak!
  • pemandu kereta bawa kereta macam bodoh dan saya nak jer tanya dia.. "Oit! bang! bang! Tunggu! katner ek amek lesen sampai boleh bawak kereta camtu?!" Hahaha! :p

17. Pesta / Parti adalah :

  • satu program keramaian yang saya tidak gemari sebab saya akan cepat pening kepala melihat orang ramai di depan mata.
  • perkara yang paling happening. Tetapi kalau clubbing best gak, saya lebih prefer live band.
  • satu bentuk pergaulan sosial yang mampu mengundang zina dan bagainya. Orang kata, not me laa...
  • satu perkara yang hanya mampu dibuat jika ada peruntukan yang mencukupi.
  • program yang mengaut keuntungan seperti karnival Hotlink, Jom Heboh dan ETC.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

  • Kucing Local. Muka comel, saya suke kucing belang sebab saya lahir tahun Rimau.
  • Hamster kecik tu apa nama tah.
  • Sugar Glider, entah camne lak nak spell nama binatang tu.
  • Burung, yang comel jer laa.. yang garang-garang tu namao.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

  • 16 dan 17 sebab saya mulai glamour dan ramai kawan di sekolah. Sebab saya sudah mulai pandai bersosial pada masa itu.
  • 18 dan 20. Pada masa itu saya masih lagi tercari-cari kerja apa yang bersesuaian dengan saya? Disamping itu, kenal ramai kawan baru dan banyak kenangan yang istimewa yang kini hanya tinggal kenangan saja.

20. Hari ini :

  • saya nak tengok movie kat pc, sambil berehat diwaktu rehat yang agak lama ini. Tak keluar barangkali?
  • saya memakai baju melayu berwarna hitam + pin emas. Orang kata comel, saya kata "terima kasih".
  • saya nak pergi ke pasar malam dengan Siti, lepak-lepak kat situ sambil makan makanan yang takdelah sedap sangat.
  • saya nak book tiket wayang Ice Age 3 untuk keesokan harinya.

21. Malam ini saya akan :

  • online segala-galanya yahoo messenger, facebook, blog, friendster, myspace, gmail, dewa 19.com
  • menonton wayang yang tidak habis ditonton di pc rumah saya sambil minum teh sabah kalau ada.
  • makan malam dengan Siti comel tombikai bosa!
  • mandi lama, seronok main air. kecebushhh! Habis basah bilik air. Ngamok member.

22. Esok pula saya akan :

  • bangun lewat sedikit, basuh baju dan mengemas bilik dan kalau rajin saya akan volunteerkan diri untuk mengemas ruang tamu dan juga dapur.
  • keluar pergi tengok Ice Age 3 di GSC dan akan makan di Mc Donald selepas itu.
  • mandikan jentera saya yang diberi nama Mio.
  • berehat pada sebelah malam dan tengok channel HBO, Max & Star Movie, kalau ada Macam-macam Aznil pun best juga.
  • online lagi seperti biasa sehingga lewat malam.

23. Saya betul-betul inginkan :

  • kehidupan yang tiada gangguan dan tekanan dari apa jua disekeliling.
  • keluarga yang sempurna namun mak abah dah tak sehaluan.
  • kamera DSLR yang mahal gila pig itu.
  • hidup bahagia bersama Siti.
  • laptop dan kalau nak taip lagi sure korang lagi menyampah nak baca. ;p

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

  • "segaknya aku pakai baju melayu ni"
  • "rambut masih basah plak.. aduhh!"
  • spray minyak wangi ubermen sambil tengok cermin ape kes?

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :

  • saya pasti akan pilih pusat membeli belah sebab Siti pantang tengok kalau ada SALE!
  • arked permainan hanyalah untuk remaja-remaja yang masih kencing berterabur.

26. Makanan Barat atau Jepun :

  • Makanan barat, Mekdi, Kepchi, Pizza, Burger King. Bukankah itu semua juga makanan barat? :p makan jerlah! banyak cerita plak! Tapi saya lebih prefer makanan rumah panjang atau masakan Mama dengan Siti.

27. Bilik yang terang atau gelap :

  • Dua-dua diperlukan untuk situasi yang tertentu. Tertentu? Hehehehe!
  • Gelap, mata saya tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang.. sakit!
28. Makanan segera adalah :

  • makanan yang kita order kat kaunter.
  • makanan yang memerlukan orang dikaunter bertanya, "makan sini?" dan saya jawab, "tak, makan kat meja sane. Kat kaunter ni tak muat". Terus budak fast food itu benggang. Kuikuikui! ;p
  • makanan yang dibuat dengan kadar segera seperti mee segera, burger, ayam goreng.
  • yang memerlukan kita beratur untuk mendapatkannya jikalau anda berada di Mall.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

  • "balik nanti terus mandi, jangan tak mandi. Ok sayang, bye", pintu lift tertutup.
  • "Good night, sweet dream, sleep tight. Mwah! I Love you~" sms ..
  • bila dah benci dan menyampah.. pasti akan type ni .. "END!"

30. Siapa yang anda mahu Tag?

  1. Ivy, dia ni bangsa apa pun aku belum tahu lagi. Bidayuh ke ape? Yang pasti, aku nak dermakan tag ni kepada dia. Bertambah la entri ko Ivy?! wwahahaha! I am so mean .. :p
  2. Hana. Dia hari tu tetibe tag aku.. then hari ni turn aku plak tag dia. Fadan muke, lagi panjang soalan, tak jawab memang nak kena baling ngan cpu ni.
  3. Huda. Dia ni bila jadi lelaki masa dia buat teater ke ape hari tu dalam blog dia, still gak nampak macam perempuan sebab hidung dia. Dan disebabkan restoran dia besar dan ada banyak duit dlm restoran dia maka aku tag la dia sebab aku dengki. hahaha! :p
  4. Miszue. Dah lama tak dengar cerita daripada miszue nie, entah-entah dah berlaki. Dia dah ada girlfriend baru, tu pasal dia lupakan member terus. Takpe, kalau tak buat tag ni memang nak kena santau terus.. Bramm Bremm broomm kebaboomm! :p
Nak tag reramai ni aku agak bosan sikit, sebab apa dorang bukannya nak buat full pun?! kan kan? Kekadang tu ade plak yang memandai-mandai edit sendiri. Fuh! Tabik spring tayar jentolak ngan ko! :p takpelah, buat la ek... bagi muke sikit kat Dakjaat. Tag ini daripada Cik Hijau. Thanks Cik Hijau.

Thursday, July 2, 2009

Can I trust you again & again?


Camne nak percaya kalau seseorang itu yang bergelar sahabat, kawan, bestfriend, boyfriend, girlfriend even kazen mazen or even family kita sendiri dah buat mistake seperti pecah amanah pada amanat yang telah kita berikan pada dia?

Can we give them a chance? Rasa macam sukar nak percaya, contohnya seperti bila robot Decepticon Starscream kononnya dah insaf terus dia join Autobot tapi logo Decepticonnya tak tukar plak. So suatu masa itu dia telah betray then join semula Decepticon. Boleh terima ke? Boleh ke kita nak terima orang yang mempunyai perangai macam tu?

Semuanya hanya gimik semata-mata, kekadang ada sesetengah kawan itu mempergunakan kawan sekadar untuk kepentingan diri dan itu yang paling paling terpaling menyampah kita nak terima. Kita tidak pun memaksa orang untuk berkawan dengan kita, betul tak?

Kita tidak dapat menafikan kewujudan manusia seperti itu, orang kata pada kita "boleh berkawan dengan mereka tetapi berhati-hati, air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Teringat semula dengan pesanan mama, jangan menilai orang yang baru kita kenal itu "baik" sebab itu cuma tingkahlakunya pada pertama kali berkenalan.

Ada betulnya kata mama, ya.. sememangnya mereka lebih mengetahui tingkah laku manusia lebih awal daripada kita. Tetapi, bukan semua orang tua itu betul kerana ada masanya mereka juga membuat silap sehingga mengaibkan orang-orang disekeliling mereka dan ini membuatkan kita rasa "Oh my god.. annoying giler!".

Kesimpulannya, being somebody isnt what we wanted but we've to do it for fulfill their desire. Eh? Betul ke kata-kata aku tu? kekeke! :p lantaklah betul ke tak tapi aku mempersoalkan perkara yang betul. What you say? :)
Blog Widget by LinkWithin
 
Dakjaat